Menyedari dunia pendigitalan kini menjadi sebahagian daripada perniagaan. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) mahu lebih ramai usahawan berdaftar dengan platform digital dikenali sebagai MyMall.
MyMall yang dilancarkan sejak April tahun lalu merupakan satu inisiatif kementerian bagi memastikan pembangunan ekosistem keusahawanan yang inklusif.
Platform digital MyMall ini tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi kepada usahawan serta pembeli dan pihak kementerian berhasrat ia dapat setanding Shoppee dan Lazada. MyMall menggabungkan empat platform e-dagang iaitu ODELA, Pybli, Angsana Virtual Mall dan Warongku.
Melalui penggabungan itu, pengguna yang terdiri daripada usahawan dan pembeli lebih mudah untuk mencapai perkhidmatan e-dagang di bawah kementerian berkenaan.
Selain itu, beliau berkata “Semua usahawan dijemput melayari laman web MyMall dan tiada kriteria tertentu ditetapkan, terma dan syarat boleh dibaca di laman web tersebut. Setakat ini, kita belum membangunkan aplikasi lagi. Antara barangan yang dijual seperti produk kecantikan, pelamin, spa, pakaian, makanan dan banyak lagi,” katanya.
Dalam pada itu, pihak kementerian akan terus memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Hal ini akan berasaskan pendigitalan di seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak.