Menteri Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) komited untuk mempertingkat dan mengukuhkan lagi perkongsian dengan Rakan Pembangunan. Hal ini melalui rangka kerja sedia ada.
Menurut Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Azmie Diron. Kerjasama sedia ada termasuk kajian kemungkinan ekonomi pekeliling yang memfokuskan kepada PKS di Malaysia sebagai projek perintis oleh Pusat Jepun ASEAN. Selain itu melalui penubuhan Tabung Kerjasama ROK BIMP-EAGA (BKCF).
Nor Azmie berkata, terdapat keperluan untuk penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan yang lebih berkesan dan cekap. Hal ini melalui inisiatif BIMP-EAGA sedia ada dan baharu melalui sekretariat pusat yang berfungsi sepenuhnya.
“Menteri-menteri kekal komited untuk memperkukuh kapasiti institusi Pusat Pemudahcara BIMP-EAGA. Malaysia mengambil perhatian tentang kepentingan Negara Brunei Darussalam untuk menubuhkan Sekretariat BIMP-EAGA di Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan itu, Malaysia akan menjalankan usaha wajar ke atas cadangan itu sebelum memberikan keputusan itu dalam masa terdekat.”
Seterusnya, Menteri-menteri komited ke arah pelaksanaan penuh dan berkesan BIMP-EAGA Wawasan 2025 (BEV 2025) Kajian Separuh Penggal (MTR). Malaysia telah mencadangkan beberapa penambahbaikan yang akan menjadikan hasil BEV 2025 MTR lebih dinamik dan disasarkan untuk panduan negara anggota untuk merancang projek dan program pembangunan ekonomi masa depan di kawasan BIMP-EAGA.
Melalui usaha ini, PKS dapat dipertingkatkan dan dikenali.