Bukan sekadar budak pasar, kini mEmiliki kilanG sendiri- Eng’s Popcorn

  • by

Dikenali sebagai Tuan Shazarul Ismail, pengasas Eng’s Popcorn, dahulunya seorang budak pasar yang bekerja dengan bapa saudara. Ketika itu, beliau hanya mendapat gaji RM900 sahaja. Tugas beliau di pasar tersebut hanya mengupas bawang seawal subuh dan selepas itu uruskan kedai. Hal ini demi membantu keluarga selepas pemergian arwah bapanya.

Shazarul dibesarkan dari keluarga yang sederhana dan pada ketika itu, beliau berasa terkilan kerana tidak dapat capai apa yang beliau mahukan termasuklah melanjutkan pelajaran dan juga membantu keluarganya.

Suatu hari, beliau ternampak mesin popcorn milik kakaknya. Pada awalnya, beliau cuba untuk membuat popcorn tersebut untuk dimakan sendiri saja. Namun, lain pula jadinya apabila popcorn yang dihasilkan itu ternyata sedap.

Setelah itu, pada tahun 2018,  kakak Shazarul telah mengajaknya menyertai program Richworks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Dari hanya menemani, beliau turut serta pelbagai program perniagaan. Sehingga beliau mampu menghasilkan perniagaan popcorn dan memiliki sebuah kilang sehingga kini.

Produknya juga sangat menarik minat pembeli kerana popcorn ini disalut penuh dengan karamel. Ia juga dihasilkan original tanpa sebarang pewarna tambahan dan mempunyai pelbagai perisa

Leave a Reply

Your email address will not be published.