Maybank beri akses bagi mudahkan pembayaran

  • by

Maybank meluaskan lagi akses kepada penyelesaian Pembiayaan Digital PKS di Maybank2u kepada peniaga kecil dan perusahaan mikro. Hal ini dengan menurunkan jumlah pembiayaan kepada RM3,000.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan bank berkenaan untuk menyokong komuniti perniagaan. Terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, yang menjadi tunjang ekonomi negara.

Penyelesaian terbaharu itu direka untuk syarikat pemula yang beroperasi untuk tempoh minimum setahun dan tidak mempunyai cagaran. Pembiayaan Digital PKS Maybank adalah mudah kerana platform Maybank2u tersedia untuk 24 jam/setiap hari. Hal ini adalah untuk pemilik perniagaan mendaftar menggunakan mana-mana peranti.

Selain itu, Maybank juga membina platform dalam talian, Sama-Sama Lokal, pada permulaan pandemik yang berfungsi sebagai ekosistem untuk mendigitalkan PKS supaya perniagaan mereka dapat bertahan daripada sekatan pergerakan sambil membenarkan perniagaan ini mencapai pangkalan pelanggan baharu dan lebih luas termasuk pelanggan Maybank2u.

Seterusnya, menumpukan usaha untuk memperbaik kehidupan orang kurang upaya (OKU) yang menjalankan perniagaan kecil melalui program pemerkasaan ekonomi R.I.S.E. (Reach Independence and Sustainable Entrepreneurship).

Leave a Reply

Your email address will not be published.