PENGALAMAN ADALAH ILMU YANG BERHARGA-Fatihah ANIS

  • by

Berbekalkan pengalaman lebih 35 tahun dalam menghasilkan kuih-muih tradisional sejuk beku. Fatihah terus cekal meneruskan empayar perniagaan yang diusahakan sehingga hari ini.

Status ibu tunggal yang dipikul tidak pernah menjadi penghalang buatnya. Kini, jenama Fatihah merupakan pembekal terbesar kuih-muih sejuk beku di Malaysia.

Menurut pemiliknya, perjalanan perniagaannya turut mengalami peningkatan dan penurunan. “Masa mula meniaga dahulu, semuanya berjalan lancar. Produk kami mendapat sambutan baik dan luar biasar. Namun, apabila perniagaan semakin membesar syarikat mula mengalami kesukaran dalam mengendalikan pemasaran.”

Sepanjang berkecimpung dalam bidang perniagaan jenama Fatihah telah berjaya meraih beberapa Anugerah berprestij seperti Anugerah Teknoprenuer Mardi 2018, Lulu Hypermarket Top 5 Sales Bumiputera 2019 dan Penghargaan Khas Mydin – 2019

Tanpa mengenal erti putus asa pasti kejayaan akan diperolehi. Pengalaman adalah ilmu yang paling berharga jadi belajarlah daripada pengalaman sendiri dan orang-orang disekeliling kerana ia membantu kita dalam membuat sebarang keputusan berkaitan perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.