Peniaga Positif Dengan Situasi Perniagaan Suku Keempat

  • by

Peniaga kekal positif terhadap situasi perniagaan walaupun terdapat tanda penyederhanaan pada suku tahun keempat 2022.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin melalui satu kenyataan berkata, petunjuk keyakinan dicatatkan 3.2% berbanding 4.7% yang direkodkan pada suku tahun ketiga 2022. Sektor Perkhidmatan, Industri serta Perdagangan Borong dan Runcit menjangkakan prospek yang positif pada suku tahun keempat 2022.

Manakala, sentimen perniagaan dalam sektor perkhidmatan kekal menggalakkan dengan 9.2% pada suku tahun rujukan berbanding 13.6% pada suku tahun lalu. 

Begitu juga, sentimen dalam sektor Industri kekal positif dengan mencatatkan 3.7% pada suku tahun keempat 2022 berbanding 6.6%.

Sektor Perdagangan Borong dan Runcit pula menjangkakan keadaan perniagaan yang bertambah baik dengan petunjuk keyakinan melonjak ke trajektori positif dengan 1.9% daripada negatif 5.8% pada suku tahun ketiga 2022. Tinjauan positif ini disokong oleh subsektor Perdagangan Runcit dimana peniaga optimistik terhadap keadaan perniagaan mereka.

Manakala, sektor Pembinaan merupakan sektor yang paling pesimistik untuk suku tahun berturut-turut dengan petunjuk keyakinan negatif 29.2% berbanding negatif 24.9% pada suku tahun sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.