Persiapkan diri deNgan kemahiran keusahawanan- Dr Lee

  • by

Dikenali sebagai Dr Mos atau Dr Nyamuk, gelaran unik yang diberi kepada usahawan ini sudah pasti menarik perhatian ramai. Nama sebenarnya Lee Yean Wang, merupakan anak jati dari Sungai Petani Kedah. Beliau memperoleh falsafah kedoktoran (PhD) pada 2007.

Dengan kepakaran dimiliki, Dr Lee Yean Wang berjaya menghasilkan produk kawalan nyamuk X’Mos, memanfaatkan lebih 100 ribu pengguna. X’Mos memiliki fungsi tiga dalam satu berkesan membunuh, memberi perlindungan berterusan dan menghalau nyamuk terutama Aedes.

Namun, disebalik kejayaan dan inovasi produk itu, Lee Yean Wang berkata usaha untuk mendidik pengguna supaya beralih dan bertukar kepada produk baharu sangat sukar.

“Apatah lagi dengan lambakan produk sedia ada di pasaran, ia lebih mencabar dan mengambil masa lama.”

Oleh itu, usahawan PKS dinasihati mempersiapkan diri sepenuhnya dengan kemahiran keusahawanan termasuk menguasai perniagaan dalam talian bagi memasarkan produk.

Leave a Reply

Your email address will not be published.