resepi turun temurun asbab perniagaan berjaya

Perniagaan sambal sememangnya tidak asing lagi pada masa kini. Namun, setiap pengusaha perlu menghasilkan sambal yang unik dan menjadi igauan pelanggan.

Sambal Langgri telah menempa nama kerana keunikan resepinya. Pengusahanya Shadhana Sekarran, 36, merupakan seorang graduan  ijazah dalam bidang perniagaan daripada  Universiti of Northumbria, United Kingdom.

Menurut Sadhana, sambal ini merupakan resipi turun-temurun keluarga. Seorang sahabat yang juga usahawan mahu membeli resipi tersebut selepas merasa keenakan sambal dihidangkan kepadanya. Bermula dari paripada peristiwa itu, beliau yakin bahawa Sambal Ikan Kurau ada potensi untuk dipasarkan.

Namun, setiap perniagaan tidak terlepas dari pelbagai cabaran. Antara cabaran yang dihadapi oleh Shadhana adalah daripada segi proses pengilangan dan kewangan.

Setelah itu, beliau bercadang untuk memasarkan produk di pasar raya. Namun, terdapat juga masalah dari segi syarat pemasaran. Dimana, syarat untuk mendapatkan penempatan di pasar raya memerlukan sekurang-kurangnya dua jenis sambal.

Dari situ terciptanya produk baharu daripada Sambal Langgri. Sehingga kini, Le Langgri Foods Sdn Bhd mempunyai lima jenis sambal yang unik dan lain daripada sambal lain di pasaran, terutamanya Sambal Ikan Kurau serta Sambal Mangga.

Menerusi Sadhana, dapat ambil semangatnya dalam menghasilkan perniagaan daripada resepi turun temurun keluarganya. Setiap cabaran dapat kita atasi dengan perancangan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.