

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, sebuah kaji selidik yang dijalankan pihaknya mendapati bahawa kira-kira 73 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini akan merekodkan kerugian pada tahun 2020 namun sebahagian besar daripada mereka mampu pulih dalam tempoh kurang setahun.
Beliau berkata lagi bahawa sebanyak 17 peratus daripada PKS yang terjejas dipercayai mampu bangkit semula dalam tempoh kurang tiga bulan, dan kebanyakan mereka datang daripada sektor makanan dan minuman, pendidikan swasta serta perkhidmatan peribadi. Manakala, sebanyak 69 peratus lagi kumpulan dipercayai boleh mencatatkan pemulihan antara tempoh tiga bulan sehingga setahun antaranya daripada sektor runcit, kesihatan dan tekstil.
Kebangkitan para peniaga PKS ini dibantu dengan 24 inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di mana peruntukan sebanyak RM14.5 billion diberikan dalam bentuk bantuan kewangan dan moratorium pembayaran pembiayaan bertujuan bagi meringankan beban terhadap aliran tunai.
Mengulas lebih lanjut, Rizal berkata, terdapat juga PKS yang memerlukan masa lebih lama untuk pulih seperti daripada sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat ketiadaan pelancong dari luar negara.
Hal ini dapat dirangkumkan bahawa melalui penyelidikan dan bantuan pemberian dana ini menunjukkan bahawa sektor PKS mampu menjadi pemampan ekonomi negara kerana mereka lebih banyak bergantung kepada permintaan domestik berbanding sektor lain.
Sumber:
https://www.kosmo.com.my/2020/08/03/pks-bangkit-paling-cepat-daripada-impak-covid-19/