Warung Imam Muda Jalan Kebun Shah Alam

  • by

by ASTraveller 1:15:00 PM

Warung Imam Muda

Mari terjah makan dekat Warung Imam Muda, Jalan Kebun Shah Alam. Ramai orang cakap, makanan di sini sedap-sedap belaka. Johorian Style lagi. Maka orang-orang Johor wajib terjah sini lah kot kan kalau dah terlajak ke Jalan Kebun Shah Alam ?


Jomlah try! Jom Sokong bersama !


Untuk tempat letak kereta, kalau dah namanya ramai orang. Korang kena paham-paham la, parkir kereta sangat terhad. Tetapi restoran atau warung ini dalam kawasan kampung, pelanggan boleh juga memakirkan kereta di depan rumah orang.

Kawasan Parkir Kereta yang terhad
Suasana Warong Imam Muda

Tetapi kadang-kadang, tempat duduk untuk makan suka penuh. Maka terpaksa la tunggu giliran seketika untuk duduk. Apapun jangan risau tempat duduk memang banyak dan keadaan warong yang sangat luas.

Antara menu-menu dekat Warung Imam Muda, Jalan Kebun.

Soto
Bubur Ayam Samudera

Sebenarnya banyak lagi menu lain yang penduduk setempat kata sedap. Antaranya Nasi Lemak Ayam, Kambing Bakar, Nasi Ayam Penyet dan lain-lain lagi. 

Kalau ingin datang korang boleh Waze/Google Maps, atau ikut alamat dekat bawah ini:


Warung Imam MudaJalan Haji Hussin,
Kampung Jalan Kebun, 40460
Shah Alam, Selangor


No Phone: 019-6909676


Waktu Operasi: Masa: 7.30pg – 3ptg
Jumaat tutup ye!

Sumber: http://www.astraveller.com/2020/01/warung-imam-muda-jalan-kebun-shah-alam.html

Leave a Reply

Your email address will not be published.